Penghasilan Silaj Daripada Sisa Nanas Dengan Menggunakan Bio-Teknologi EM
Pengenalan
'Effective Microorganisms (EM)"terdiri daripada 3 kumpulan utama bakteria iaitu phototropik, acid laktik dan yis. la merupakan adunan simbiosis mikrob yang direkacipta oleh Professor Dr. Teruo Higa. EM diperbuat daripada campuran kultur spesis mikrob yang diperolehi dari persekitaran semulajadi dan bekerja mengikut sinergi yang tersendiri.
Bagi di Malysia ini, EM boleh didapati daripada FB : Pak Faisal KS. my boistar.
Bagi di Malysia ini, EM boleh didapati daripada FB : Pak Faisal KS. my boistar.
Metodologi
Jadual 1 menunjukkan penyediaan larutan untuk 10 liter kontena. Larutan EM dan gula merah dicampurkan sehin klorin dituangkan sehingga penuh. Larutan siap dibancuh dan boleh digunakan untuk proses penghasilan silaj.
Jadual 1: Bahan-bahan Penyediaan Larutan untuk Silaj Daun Nanas
BAHAN-BAHAN | SUKATAN |
---|---|
Larutan EM | 300 ml |
Gula merah | 1 kg |
Garam | 0.5 kg |
Jadual 2: Keputusan Parameter bagi kandungan silaj untuk Hari 1, 16 dan 70.
PARAMETER | KEPUTUSAN | ||
---|---|---|---|
HARI 1 | HARI 16 | HARI 70 | |
% Moisture | 24.76 | 81.44 | 80.86 |
% Ash | 1.06 | 0.89 | 0.85 |
% Protein | 0.02 | 0.09 | 0.26 |
% Fat | 0.35 | 0.28 | 0.45 |
% Crude fiber | 17.13 | 7.12 | 2.38 |
% Carbohydrate | 56.68 | 10.18 | 15.20 |
Energy Value of Food (kcal/100g) | 229.95 | 43.60 | 65.89 |
Bacaan tahap ketoksikan melalui ujian 'Mycotoxin" bagi silaj daun nanas adalah selamat dimakan oleh ternakan ruminan sehingga 70 hari pemeraman.
Jadual 3: Keputusan Parameter Bagi Kandungan Silaj Untuk Hari 1, 16 Dan 70
PARAMETER | KEPUTUSAN | ||
---|---|---|---|
HARI 1 | HARI 2 | HARI 70 | |
Aflotoxin (ppb) | <5 | <5 | <5 |
Ochratoxin | <2 | <2 | <2 |
Selain itu, kajian terhadap ternakan ruminan djalankan untuk menimbang berat sebelum dan selepas makan silaj daun nanas. Bacaan F.C.R (Feed Consumption Rate) diukur selama 50 hari bagi 5 ekor lembu. Melalui percubaan awal, ternakan ruminan tidak mengalami keracunan selama seminggu makan silaj.
Teknik Silaj AMARIKAN FARM
Teknik Silaj AMARIKAN FARM
Silaj yang diproses sendiri oleh saya adalah dengan menggunakan bahan seperti EM, gula merah & air tanpa klorin. Nisbah bahan EM (1 liter): gula merah (1 liter) : air (0.5 liter). Kaedahnya adalah memotong napier dan dimasukkan dalam tong sehingga penuh. Napier yang dipotong ditekan @ dipijak sehingga sendat didalam tong. Ini kerana setelah peraman sekiranya napier yang dipotong tidak dimampatkan akan mewujudkan ruang. Ini merugikan kuantiti yang dihasilkan pada akhir proses silaj itu sendiri. Setelah napier yang dipotong telah penuh didala tong, barulah campuran bahan-bahan dicurahkan rata ke atas napier tersebut. Tong ditutup dan menggunakan klip bagi memberi udara yang kedap supaya silaj yang diperam tidak bertindak balas dengan udara dan boleh menyebabkan kulat terhasil. Apabila terjadi perkara ini, secara tidak langsung akan menyebabkan silaj itu tidak dapat diberi makan kepada ternakan. Ia boleh mendatangkan pelbagai risiko kepada ternakan. Peraman hendaklah dibuat selama dua minggu. Setelah dua minggu,silaj yang terhasil boleh diberi makan terus kepada ternakan. Silaj boleh disimpan dalam tempoh yang sangat lama.
d415g9wifsv539 sex doll,male masturbator,male sex toys,horse dildo,love dolls,dog dildos,strap on vibrator,sex chair,dog dildo r641r0qdckm174
ReplyDelete