AMARIKAN FARM 019-4154587
Kambing Golek "AMARIKAN FARM "
|
Kambing bakar yang kami sediakan adalah menggunakan 100% arang kayu. Kami TIDAK MEREBUSNYA terlebih dahulu seperti yang dilakukan oleh sesetengah peniaga. Jadi anda boleh merasai tekstur kambing yang dibakar dan dimasak cukup bagi hidangan para tetamu. Rasailah keenakan kambing bakar kami yang lazat dan amat menyelerakan ini.
Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan catering aqiqah, kambing golek aqiqah, self grill dan sebagainya. Kami menyediakan harga kambing panggang atau harga kambing golek murah dan berpatutan. Ianya untuk memastikan anda dapat menikmati kambing bakar dengan harga mampu milik.
Pakej yang dinyatakan termasuk pengangkutan ke lokasi sekitar Lembah Klang.
Untuk mengetahui lokasi yang diliputi dan juga pertambahan caj untuk ke lokasi-lokasi lain, sila rujuk di bahagian.
Terma dan Syarat Servis Kami
Untuk mengurangkan risiko ketidakpuasan hati anda atas servis kami, kami perlu menggariskan beberapa perkara penting supaya anda turut jelas dengan keperluan yang kami perlukan dari anda. Ini bagi menjaga kebajikan antara kedua-dua pihak supaya sebarang risiko dapat dikurangkan.
Syarat tempahan
- Tempahan hendaklah dilakukan pembayaran penuh sekurang-kurangnya 7 hari sebelum dari tarikh majlis berlangsung. (Tempahan awal adalah digalakkan bagi mengelakkan anda kecewa kerana tempahan sudah penuh).
- Deposit 50% dari jumlah keseluruhan diwajibkan untuk membuat tempahan.
- Masa untuk hidangan adalah seperti berikut:
a) Maksimum 3 jam dari majlis bermula atau lebih awal
b) Caj lebih masa akan dikenakan iaitu RM25/jam sekiranya masa hidangan panjang atas permintaan pelanggan
c) Sebarang perubahan masa hendaklah dimaklumkan 48 jam sebelum majlis.
- Surcharge akan dikenakan untuk waktu berikut:
a) Hari Raya Aidilfitri (Hari Raya Pertama dan Kedua)
b) Hari Raya Aidiladha (Hari Raya Pertama)
c) Surcharge tempahan di saat akhir (kurang 48 jam) - 15% dari jumlah harga tempahan
- Perkhidmatan tempahan hanya sah untuk kawasan berikut:
a) Kuala Lumpur
b) Petaling Jaya
c) Shah Alam
d) e) Subang
f) Puchong
g) Damansara
h) Hulu Klang
i) Ampang
j) Gombak
k) Selayang
l) Sungai Buloh
Caj Perkhidmatan
- Perkhidmatan di luar kawasan akan dikenakan caj pengangkutan sebagaimana berikut:
a) RM50 - Kajang, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Klang Utara (Kapar, Puncak Alam)
b) RM60 - Bandar Bukit Mahkota, Bandar Sri Putra, Rawang (Tasik Putri, Emerald East & West), Kuang, Sri Kundang, Pelabuhan Klang, Sementa, Banting, Telok Panglima Garang, Ijok, Batang Berjuntai.
c) RM70 - Semenyih, Beranang, Broga, Bandar Baru Salak Tinggi, KLIA, Sepang, Rawang Utara, Kuala Selangor, Tg. Sepat, Bagan Lalang, Telok Datok.
d) RM80 - Lembah Beringin, Kuala Kubu Bahru, Kalumpang, Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Batang Kali
e) RM90 - Nilai Utara, Pajam, Janda Baik, Tanjong Karang, Sungai Besar, Genting Highlands.
f) RM100 - Tanjung Malim, Nilai, Labu, Sabak Bernam, Bentong, Seremban, Mantin, Behrang, Bandar Proton, Port Dickson
g) RM150 - Raub, Tras, Kuala Pilah, Jempol, Jelebu, Linggi
h) RM200 - Kuala Lipis Selatan, Bahau, Bentong Timur, Raub Utara, Melaka
i) RM250 - Muar, Teluk Intan, Temerloh, Lanchang, Maran
j) RM300 - Kuantan, Ipoh, Batu Pahat, Kluang, Lumut. Sri Manjung
k) RM400 - Johor Bahru, Skudai, Pasir Gudang, Mersing, Jerantut, Taiping
l) RM450 - Pulau Pinang (minima 2 ekor)
m) RM500 - Kota Bharu (minima 2 ekor)
Pembatalan
- Segala tujuan pembatalan adalah perlu dilakukan secara bertulis sama ada melalui email/SMS/whatsapp. Pembatalan melalui call atau cakap mulut TIDAK DIBENARKAN.
- Pembatalan perlu dilakukan sekurang-kurangnya 4 hari sebelum majlis.
- Sebarang bayaran yang telah dilakukan akan dikenakan caj sebanyak 10% dari jumlah tersebut sekiranya pembatalan dilakukan 4 hari sebelum dari tarikh majlis.
- Sekiranya pembatalan dilakukan kurang dari 4 hari, 100% duit tersebut tidak akan dipulangkan (Walau bagaimana pun tertakluk kepada budi bicara kami)
Tarikh, Masa dan Tempat Majlis
- Anda perlu memberikan maklumat lengkap dan tepat di mana majlis tersebut bakal di adakan.
- Sila berikan tarikh dan masa majlis setepatnya. Ini kerana kami akan sampai lebih kurang 30 - 60 minit lebih awal dari majlis makan tersebut.
- Masa dan tarikh majlis harus diberikan secara bertulis melalui email/Whatsapp/SMS sahaja. Cakap mulut adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
No comments:
Post a Comment