Tuesday, 17 November 2015

Ringkasan Perjalanan Dunia Ternakan Aku.

2004 - 2010

Setelah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004, berbekalkan duit didalam simpanan Bank Giro pada ketika itu dimana wang itu adalah lebihan biasiswa yang diterima aku semenjak di tingkatan satu (1) lagi. Aku menerima biasiswa ini kerana menjadi pelajar cemerlang di dalam akademik & kokurikulum. Wang yang berjumlah RM 600 itu telah aku gunakan untuk membeli seekor kambing betina dan anak kembar tiga yang dijual oleh orang kampong aku pada ketika itu. Bermulalah aku terjebak dalam dunia ternakan ini.
Aku membuat kandang kambing dengan menggunakan kayu lebihan & kayu hasil robohan rumah lama di kawasan-kawasan berhampiran kampong aku. Aku membina banglo kambing aku di belakang rumah orang tua aku yang terletak di atas bukit. Segala kesusuhan untuk mengangkut naik kayu & peralatan aku tempuh demi menceburi dunia ternakan dek kerana semangat muda ketika itu.
Projek aku masih berjalan seperti biasa setelah aku mendapat sambung Diploma di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) & mendapat kerja. Setiap hujung minggu, rakan-rakan sebaya aku menghabiskan masa bercuti, ke shopping mall, melancong dan sebagainya tetapi aku meninggalkan dunia Isnin hingga Jumaat aku dengan pulang ke kampong bagi mengikuti perkembangan ternakan aku yang dijaga oleh orang tua aku.
Aku menambah sedikit demi sedikit ternakan aku dengan membeli baka katjang, aglonubian, jamnapalepas digunakan. Aku melepaskan ternakan jam 2 petang dan ternakan akan kembali ke kandang jam 6 petang. Aku memberi makanan tambahan kepada ternakan dengan mencerut rumput napier untuk makan waktu malam.ri, dan kacukan. Aku menggukan wang hasil simpanan kerja aku. Pada ketika itu, sistem ragut
 
 
 

2011  

Aku mengorak langkah dengan memulakan projek komersil dengan membina kandang kambing yang mengikut prospek yang dikehendaki oleh Jabatan Perkhidmatan Vaterinar (JPV Gerik). Aku membina di Tanah rizab sungai Perak. Menebas kawasan & memagar kawasan sedikit demi sedikit. Aku dibantu oleh tidak lain tidak bukan iaitu orang tersayang aku (ma & abah). Aku tekad walaupun ada beberapa dugaan seperti diperlekehkan oleh orang "boleh ke orang muda buat projek". Aku pekakkan & lagi membara semangat aku untuk teruskan.
 

Pertengahan 2011

Fasa penaikkan kandang baru yang mengikut standart bagi penternakan kambing. Mengupah tukang kayu bagi proses penyiapankandang. Menanam sedikit pokok napier bagi percubaan Tanah. Kambing yang baru dibeli dan dimasukkan. Kos pembelian kambing yang mencecah RM 10,000.

Akhir 2011

Kawasan dipagar dengan keluasan 10 ekar. Penebangan pokok liar dibuat secara sedikit demi seikit. Kambing mula dimasukkan. Kerja-kerja rutin ternakan dijalankan. Percubaan keseburan tanah bagi penanaman napier.

Awal 2012

Lawatan oleh JPV dikandang. Kelahiran pertama dikandang baru. Pemandangan dari seberang sungai lokasi kandang dankawasan ternakan dijalankan. Kemasukkan kambing nagi fasa ke-2 melibatkan kos sebanyak RM 11,000.


No comments:

Post a Comment