Thursday, 17 December 2015

Resepi perap Kambing " Amarikan Farm"

1) Bahan-bahan
    a) lada hitam
    b) bawang putih
    c) minyak masak
    d) madu
    e) sos tiram pekat
    f) garam
    g) gula

2) Kaedah
Goreng bawang putih yang diketuk tanpa buangkan kulit bersama lada hitam. Kuantiti minyak hanya secukup bagi mengoreng bawang & lada hitam.
Selepas goreng, buangkan kulit bawang putih. Tumbuk bawang putih & lada hitam sehingga lumat.
Gaulkan bawang putih & lada hitam yang ditumbuk lumat tersebut bersama minyak, madu, garam, gula & semestinya daging kambing segar. Gaulkan sehingga sebati. Garam & gula secukup rasa. Jika nak pedas,masukkan lagi sos atau cili.
Perap selama beberapa jam & boleh terus dibakar.

Selamat mencuba.
firdaus.tuah87@yahoo.com
https://www.facebook.com/amarikanfarm
📲 Insta: @amarikan.farm
📧 e-mail: tatawwur_global@yahoo.com.my

Tuesday, 1 December 2015

Amarikan Farm Tahun 2008

Amarikan Farm 2008

Amarikan Farm 2008
Amarikan Farm 2009

Amarikan Farm 2009

Amarikan Farm 2010

Amarikan Farm 2011



Amarikan Farm 2013
 
Amarikan Farm 2015
 
Amarikan Farm 2014

Amarikan Farm 2015

Amarikan Farm 2015

Amarikan Farm 2015


Sunday, 29 November 2015

PENYAKIT KAMBING & KAEDAH RAWATAN
" AMARIKAN FARM "
Penyakit
Tanda-Tanda
Pencegahan
Ubat/Rawatan
Puru (Contagious Ecthyma) disebakan oleh virus, menyerang anak-anak kambing yang masih menyusu
anak-anak kambing menjadi kurus dan lemah kerana susah hendak makan. terdapat gelembung-gelembung yang mengandungi air pada bahagian kulit lembut, mulut, gusi dan juga bibir. Bila gelembung-gelembung ini pecah, ianya akan menjadi keruping dan kadangkala merekah dan berdarah.
vaksinasi sernasa berurnur di antara 3 minggu - 1 bulan dan sekali lagi 3 atau 4 bulan selepas vaksinasi pertama.
Mengasingkan anak-anak karnbing yang berpenyakit untuk menjauhi jangkitan dari gelernbung yang telah pecah. Mernbersih dan mengubat luka-luka akibat dari gelembung yang pecah dengan menggunakan iodine atau 'gentian violet' (ubat biru).
Kembung
Kembung terjadi apabila terdapat banyak gas (angin) di dalarn perut. Keadaan ini adalah disebabkan oleh bahan-bahan yang banyak mengandungi bahan nitrogen seperti kekacang.
  • Mengeluarkan air liur
  • Perut buncit terutarna di sebelah kiri
  • Bunyi dentuman yang kuat apabila diketuk
  • Pernafasan yang susah
  • Keadaan gelisah, bising, mengernbik dan kerap buang air kecil
  • i. mengurangkan memberi kekacang dan bahan-bahan yang mernpunyai kandungan nitrogen yang tinggi
  • ii. Memelihara padang ragut supaya tidak lebib dari 50% kekacang

  • i. Memberi makan minyak kacang.
  • ii. Minyak sayur/minyak jagung.
Paru-paru/Selsema/Sejuk (Pneumonia)
Batuk basah - disebabkan serangan bakteria yang menyerang kambing, ketika berada dalam keadaan tenat seperti kesejukan, perudaraan yang kurang baik dan kesesakan dadanya.
  • Kelihatan moyok dan mengasingkan diri
  • Lemah dan tidak terdaya
  • Menjadi kurus
  • Pernafasan cepat
  • Kadangkala terbunyi batuk dan terdapat bendalir keluar dari hidung seperti hingus. Tekanan yang berlebihan boleh menyebabkan kematian
  • Asingkan supaya tidak berjangkit
  • Menjaga kebersihan kandang supaya tidak lembab
  • Elakkan ia berhujan







Cirit-birit (Diarrhoea)
  • Cacing
  • Protozoa (koksidia)
  • Kuman
  • Salah makan.
  • Najis cair dan tidak berbentuk bulat seperti biasa
  • Kotor dan basah di sekeliling pangkal ekor
  • Kambing akan kelihatan moyok dan mengasingkan diri
  • Kadangkala najis berbau busuk
  • Memberi ubat cacing untuk mengurangkan beban cacing
  • Menjaga keadaan kandang supaya bersih dan tidak dijangkiti kuman merbahaya
  • Mernberi makanan yang betul. Jika hendak menukar makanan hendaklah dibuat secara beransur-ansur
  • Memberi banyak air terutarna yang mengandungi glukos(gula)
  • Memberi ubat yang bolch mengurangkan berak seperti 'kaolin' yang boleh mengalas kulit perut
  • Ubat pembunuh kuman ataupun cacing
Kurang Darah (Anaemia)
Kekurangan darah adalah satu keadaan di mana bilangan sel-sel darah merah kurang daripada biasa.
  • Muka pucat
  • bibir, gusi dan lidah yang pucat
  • lapisan dalam kelopak mata juga keputihan
  • Lemah
  • Bulu meremang
  • Badan kurus
  • Memberi makanan yang cukup dan berzat
  • Menambahkan zat besi
  • Memberikan vitamin untuk selera makan
  • Ubat cacing
  • Pembasmian kutu


Kancing Gigi
disebabkan oleh racun sejenis kuman yang boleh merosakan saraf. Ini biasa terjadi apabila terdapat luka-luka kecil badan/kulit ternakan itu. Kemung kinan termasuk kotoran di mana kuman ini dapat membiak
  • Keseluruhan badan menggigil dan menggeletar yang tiadak boleh dikawal. Keempat-empat kaki akan menjadi lurus, tegang dan keras
  • Mulut akan terkancing (kancing gigi) dan kepalabiasanya mendongak ke atas. Kalau terjadi semasa berdiri, ianya akan tumbang
  • Tanda-tanda ini menjadi lebih teruk apabila terdapat rangsangan bunyi yang kuat dan juga cahaya yang terang
  • Suntikan toxoid semasa 3 bulan
  • Mengubat luka-luka terutarna 'puncture wound'

  • Tetanus antitoxin dan toxoid
  • Ubat pelali

Luka-luka
Luka boleh disebabkan oleh benda-benda yang tajam. Walaupun ianya dianggap ringan tetapi jika tidak diberi perhatian akan menjadi busuk dan berulat.



  • sekeliling kudis dicukur dan dicuci bersih dengan ubat kuning (iodine) supaya tiada terdapat kekotoran dan habuk
  • Sapukan ubat 'lorexane' pada luka
  • Semburkan ubat penjauh lalat seperti 'gusanex' ataupun 'negasunt'



Kurap
Kurap boleh terjadi disebabkqn oleh kulat atau ektoparasit (mange)

Keguguran bulu pada beberapa bahagian tubuh dan kadangkala disertai dengan kudis-kudis yang bernanah kerana parasit ini menggali lapisan kulit menyebabkan gatal dan kerosakan akar rambut.





Kurap yang disebabkan oleh kulat boleh disapu dengan iodine
kurap yang disebabkan oleh 'mange' pula dikehendaki untuk dirawat dengan ubat serangga seperti I% larutan malathion yang membunuh parasit dewasa.
Rawatan hendaklah diulangi tiap-tiap 10 - 14 hari selarna 3 kali.
Buruk Kuku
Keadaan tempat yang lembab membawa penyakit ini. la disebabkan serangan bakteria pada kuku.
  • Kambing kelihatan tempang
  • Celah tapak kaki diperantaraan kukunya bengkak dan berbau busuk.

Kuku yang buruk dipotong dan kaki dibasuh bersih. Kuku tersebut direndam di dalam 5% formalin atau 10% Kuprum Sulfat (CuSO4) sekali sehari selama 3 hari.

Tuesday, 24 November 2015

CARA TANAM RUMPUT NAPIER  " AMARIKAN FARM "


Penanaman Rumput Napier Secara Tampang
Mengunakan keratan batang, jalaran/stolon atau mengunakan anak. Cara ini biasa dilakukan ke atas pastura yang tidak berbunga atau berbunga tetapi biji yang dikeluarkan tidak boleh bercambah. Menanam rumput napier/gajah (Pennisetum pupureum) biasanya mengunakan keratan batang,batang yang digunakan mestilah cukup tua. Keratan-keratan ini juga dibiarkan terdedah kepada cahaya matahari dan ditanam sebeberapa segera selepas diambil.
 
Ada beberapa cara menanam mengunakan keratan batang:-
1. Menanam secara cucuk
2. Menanam secara baring
3. Menanam tidak mengunakan baris


 

Menanam secara cucuk
Batang- batang napier dikerat anggaran 3-5 ruas/buku,
3/4 daripada panjang keratan tadi dicucuk kedalam tanah dengan menyerong 45º condong, jarak tanaman pula ialah 30 sm. X 50-60 sm.

Menanam secara baring
Batang napier biasanya panjang,keratan-keratan dibaringkan mengikut baris dan dikambus dengan kemas sedalam 6-10 sm. Jarak antara baris pula ialah 60 sm.


Menanam tidak mengikut baris

Keratan napier yang pendek atau lain-lain jenis pastura (contoh: Brachiaria decumben) ditabur rata-rata diatas pemukaan tanah yang telah siap disediakan, kemudian dengan mengunakan pencakar atau "rotary tiller" yang dijalankan dengan trektor, lalu dikawasan tersebut secara teratur.



Kebaikan cara ini;

a) Sesuai untuk kawasan yang luas
b) Cara termudah, menjimatkan masa

Keburukanya
a) Pertumbuhan tidak teratur
b) Sebahagian akan mati kerana tidak semua keratan tertimbus.

Menuai dan memotong rumput.
Pemotong Pertama Waktu pemotongan pertama bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis dan kesuburan pasture. Pemotongan yang terlalu awal akan merosakan rumput kerana sistem akar rumput tersebut belum cukup kukuh. Secara umum ianya boleh dilakukan beberapa hari sebelum berbunga atau terdapat beberapa rumpun yang telah mula mengeluarkan bunga dalam kumpulan tersebut

Pemotongan seterusnya
Kadar pertumbuhan semula (selepas dipotong) adalah lebeh cepat mencapai takat optima berbanding dengan rumput yang baru ditanam. Pembungaan adalah penunjuk yang baik untuk menentukan masa pemotongan/ragutan. Melalui kajian dan pengalaman, berikut adalah jangka masa rehat atau jangka waktu diantara setiap pemotongan atau ragutan beberapa jenis pastura/foder yang dianggap sesuai untuk diamalkan bagi memudahkan pengurusan:-Pastura/foder

Sunday, 22 November 2015



 





PROSES MEMBUAT KANDANG KAMBING
" AMARIKAN FARM "









Contoh-contoh kandang kambing

Friday, 20 November 2015


AMARIKAN FARM 019-4154587



Kambing Golek
 "AMARIKAN FARM "


Kambing bakar yang kami sediakan adalah menggunakan 100% arang kayu. Kami TIDAK MEREBUSNYA terlebih dahulu seperti yang dilakukan oleh sesetengah peniaga. Jadi anda boleh merasai tekstur kambing yang dibakar dan dimasak cukup bagi hidangan para tetamu. Rasailah keenakan kambing bakar kami yang lazat dan amat menyelerakan ini.
 
Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan catering aqiqah, kambing golek aqiqah, self grill dan sebagainya. Kami menyediakan harga kambing panggang atau harga kambing golek murah dan berpatutan. Ianya untuk memastikan anda dapat menikmati kambing bakar dengan harga mampu milik.
 
Pakej yang dinyatakan termasuk pengangkutan ke lokasi sekitar Lembah Klang.
Untuk mengetahui lokasi yang diliputi dan juga pertambahan caj untuk ke lokasi-lokasi lain, sila rujuk di bahagian.
 
Terma dan Syarat Servis Kami
Untuk mengurangkan risiko ketidakpuasan hati anda atas servis kami, kami perlu menggariskan beberapa perkara penting supaya anda turut jelas dengan keperluan yang kami perlukan dari anda. Ini bagi menjaga kebajikan antara kedua-dua pihak supaya sebarang risiko dapat dikurangkan.

Syarat tempahan

  • Tempahan hendaklah dilakukan pembayaran penuh sekurang-kurangnya 7 hari sebelum dari tarikh majlis berlangsung. (Tempahan awal adalah digalakkan bagi mengelakkan anda kecewa kerana tempahan sudah penuh).
  • Deposit 50% dari jumlah keseluruhan diwajibkan untuk membuat tempahan.
  • Masa untuk hidangan adalah seperti berikut:
a) Maksimum 3 jam dari majlis bermula atau lebih awal
b) Caj lebih masa akan dikenakan iaitu RM25/jam sekiranya masa hidangan panjang atas permintaan pelanggan
c) Sebarang perubahan masa hendaklah dimaklumkan 48 jam sebelum majlis.
  • Surcharge akan dikenakan untuk waktu berikut:
a) Hari Raya Aidilfitri (Hari Raya Pertama dan Kedua)
b) Hari Raya Aidiladha (Hari Raya Pertama)
c) Surcharge tempahan di saat akhir (kurang 48 jam) - 15% dari jumlah harga tempahan
  • Perkhidmatan tempahan hanya sah untuk kawasan berikut:
a) Kuala Lumpur
b) Petaling Jaya
c) Shah Alam
d) e) Subang
f) Puchong
g) Damansara
h) Hulu Klang
i) Ampang
j) Gombak
k) Selayang
l) Sungai Buloh 

Caj Perkhidmatan

  • Perkhidmatan di luar kawasan akan dikenakan caj pengangkutan sebagaimana berikut:
a) RM50 - Kajang, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Klang Utara (Kapar, Puncak Alam)
b) RM60 - Bandar Bukit Mahkota, Bandar Sri Putra, Rawang (Tasik Putri, Emerald East & West), Kuang, Sri Kundang, Pelabuhan Klang, Sementa, Banting, Telok Panglima Garang, Ijok, Batang Berjuntai.
c) RM70 - Semenyih, Beranang, Broga, Bandar Baru Salak Tinggi, KLIA, Sepang, Rawang Utara, Kuala Selangor, Tg. Sepat, Bagan Lalang, Telok Datok.
d) RM80 - Lembah Beringin, Kuala Kubu Bahru, Kalumpang, Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Batang Kali
e) RM90 - Nilai Utara, Pajam, Janda Baik, Tanjong Karang, Sungai Besar, Genting Highlands.
f) RM100 - Tanjung Malim, Nilai, Labu, Sabak Bernam, Bentong, Seremban, Mantin, Behrang, Bandar Proton, Port Dickson
g) RM150 - Raub, Tras, Kuala Pilah, Jempol, Jelebu, Linggi
h) RM200 - Kuala Lipis Selatan, Bahau, Bentong Timur, Raub Utara, Melaka
i) RM250 - Muar, Teluk Intan, Temerloh, Lanchang, Maran
j) RM300 - Kuantan, Ipoh, Batu Pahat, Kluang, Lumut. Sri Manjung
k) RM400 - Johor Bahru, Skudai, Pasir Gudang, Mersing, Jerantut, Taiping
l) RM450 - Pulau Pinang (minima 2 ekor)
m) RM500 - Kota Bharu (minima 2 ekor)
Pembatalan
  • Segala tujuan pembatalan adalah perlu dilakukan secara bertulis sama ada melalui email/SMS/whatsapp. Pembatalan melalui call atau cakap mulut TIDAK DIBENARKAN.
  • Pembatalan perlu dilakukan sekurang-kurangnya 4 hari sebelum majlis.
  • Sebarang bayaran yang telah dilakukan akan dikenakan caj sebanyak 10% dari jumlah tersebut sekiranya pembatalan dilakukan 4 hari sebelum dari tarikh majlis.
  • Sekiranya pembatalan dilakukan kurang dari 4 hari, 100% duit tersebut tidak akan dipulangkan (Walau bagaimana pun tertakluk kepada budi bicara kami)
 
Tarikh, Masa dan Tempat Majlis
 
  • Anda perlu memberikan maklumat lengkap dan tepat di mana majlis tersebut bakal di adakan.
  • Sila berikan tarikh dan masa majlis setepatnya. Ini kerana kami akan sampai lebih kurang 30 - 60 minit lebih awal dari majlis makan tersebut.
  • Masa dan tarikh majlis harus diberikan secara bertulis melalui email/Whatsapp/SMS sahaja. Cakap mulut adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.

Thursday, 19 November 2015


Pelbagai jenis pisang
" AMARIKAN FARM "
Malaysia kaya dengan pelbagai jenis pisang, dari sebesar-besar pisang seperti pisang Tanduk hinggalah sekecil-kecil pisang seperti pisang Emas. Terdapat lebih dari 14 jenis pisang yang boleh ditemui dan ditanam di sini. Dalam istilah sainsnya, pisang tergolong dalam Order Zingerberalis, iaitu kumpulan keluarga Musaceae dan genus Musa. Genus Musa boleh dibahagikan kepada dua kumpulan; Eumusa iaitu kumpulan yang boleh dimakan dan Phusocaulis, yang tidak boleh dimakan.

Pisang Embun
Pisang ini juga dikenali sebagai pisang Bunga. Pisang ini berbentuk panjang, pada peringkat permulaannya ianya berwarna hijau dan kemudian berubah menjadi warna kuning pucat. Ianya berkulit tebal dan senang dikupas. Satu tandan pisang Embun yang besar, beratnya boleh menjangkau antara 15 hingga 35 kilogram. Setiap tandan pula mempunyai 7 hingga 9 sikat dengan bilangan 100 hingga 200 biji buah pisang. Manakala setiap sikat pula mengandungi 14 hingga 15 biji buah pisang. Panjang buah pisang ini berukuran 15 hingga 20 sentimeter dan lebarnya 4 sentimeter . Ketinggian pokok pisang jenis ini ialah kira-kira 5 meter .

Pisang Emas
Saiz buah pisang ini adalah kecil tetapi rasanya lazat berbanding dengan pisang jenis lain. Apabila ianya ranum, buah serta isinya berwarna kuning keemasan . Buah pisang ini mudah lebam dan bertukar menjadi kehitaman. Setiap tandan mempunyai berat antara 7 hingga 9 kilogram, 6 hingga 7 sikat dengan bilangan 100 hingga 150 biji buah pisang. Panjang buah pisang ini bersaiz 9.0 saentimeter dan lebarnya ialah 3.5 sentimeter. Pokok pisang Emas adalah kecil sahaja.

Pisang Rastali
Buah pisang ini bersaiz sederhana. Kulitnya berwarna kuning dan agak kasar. Terdapat bintik-bintik hitam dan coklat di atas permukaan kulitnya serta ianya mudah dikupas. Isinya pula berwarna putih atau krim pucat. Setiap tandan mempunyai berat kira-kira 10 kilogram, 7 hingga 8 sikat dengan bilangan 90 hingga 100 biji buah pisang . Manakala setiap sikat mengandungi 10 hingga 14 biji buah pisang. Panjang buah pisang Rastali ialah kira-kira 12.0 sentimeter dan lebarnya berukuran 3.7 sentimeter.

Terdapat pelbagai jenis pisang yang tumbuh subur di negara kita selain dari tiga jenis pisang yang telah diterangkan. Ianya adalah seperti pisang Berangan, pisang Masak Hijau, pisang Nipah, pisang Raja, pisang Tanduk, pisang Awak dan tidak ketinggalan juga pisang Raja Udang yang dipercayai tidak boleh dimakan.


















Pisang adalan buah klimak terik kerana sifat peningkatan kadar respirasi ketara ynag sejajar dengan berlakunya peranuman. Manakala morfologi pokoknya pula tergolong dalam jenis tumbuhan herba kerana sifat tumbuhnya yang cepat dari batang palsu (pseudostem), iaitu tangki daun yang tersusun seperti gelang sepusat dan muncul daripada umbisi atau batang utama. Manakala pengkelasan pisang bergantung kepada kultivarnya iaitu saiz, bentuk, warna kulit, tekstur dan citarasa pisang.
 

gambar pisang
https://www.google.com.my/?gws_rd=ssl#q=pisang
https://www.google.com.my/?gws_rd=ssl#q=banana

Penghasilan Silaj Daripada Sisa Nanas Dengan Menggunakan Bio-Teknologi EM

Pengenalan

'Effective Microorganisms (EM)"terdiri daripada 3 kumpulan utama bakteria iaitu phototropik, acid laktik dan yis. la merupakan adunan simbiosis mikrob yang direkacipta oleh Professor Dr. Teruo Higa. EM diperbuat daripada campuran kultur spesis mikrob yang diperolehi dari persekitaran semulajadi dan bekerja mengikut sinergi yang tersendiri.
Bagi di Malysia ini, EM boleh didapati daripada FB : Pak Faisal KS. my boistar.
 



Tong yang digunakan dalam pembuatan silaj
" AMARIKAN FARM "

Metodologi

Jadual 1 menunjukkan penyediaan larutan untuk 10 liter kontena. Larutan EM dan gula merah dicampurkan sehin klorin dituangkan sehingga penuh. Larutan siap dibancuh dan boleh digunakan untuk proses penghasilan silaj.


Selesai pembuatan silaj
" AMARIKAN FARM '

 
Jadual 1: Bahan-bahan Penyediaan Larutan untuk Silaj Daun Nanas
 
BAHAN-BAHANSUKATAN
Larutan EM300 ml
Gula merah1 kg
Garam0.5 kg
 
Jadual 2: Keputusan Parameter bagi kandungan silaj untuk Hari 1, 16 dan 70.
 
PARAMETERKEPUTUSAN
HARI 1HARI 16HARI 70
% Moisture24.7681.4480.86
% Ash1.060.890.85
% Protein0.020.090.26
% Fat0.350.280.45
% Crude fiber17.137.122.38
% Carbohydrate56.6810.1815.20
Energy Value of Food (kcal/100g)229.9543.6065.89
 
Bacaan tahap ketoksikan melalui ujian 'Mycotoxin" bagi silaj daun nanas adalah selamat dimakan oleh ternakan ruminan sehingga 70 hari pemeraman.
 
Jadual 3: Keputusan Parameter Bagi Kandungan Silaj Untuk Hari 1, 16 Dan 70
 
PARAMETERKEPUTUSAN
HARI 1HARI 2HARI 70
Aflotoxin (ppb)<5<5<5
Ochratoxin<2<2<2
 
Selain itu, kajian terhadap ternakan ruminan djalankan untuk menimbang berat sebelum dan selepas makan silaj daun nanas. Bacaan F.C.R (Feed Consumption Rate) diukur selama 50 hari bagi 5 ekor lembu. Melalui percubaan awal, ternakan ruminan tidak mengalami keracunan selama seminggu makan silaj.



Warna napier yang dijadikan silaj
" AMARIKAN FARM "

Teknik Silaj AMARIKAN FARM

Silaj yang diproses sendiri oleh saya adalah dengan menggunakan bahan seperti EM, gula merah & air tanpa klorin. Nisbah bahan EM (1 liter): gula merah (1 liter) : air (0.5 liter). Kaedahnya adalah memotong napier dan dimasukkan dalam tong sehingga penuh. Napier yang dipotong ditekan @ dipijak sehingga sendat didalam tong. Ini kerana setelah peraman sekiranya napier yang dipotong tidak dimampatkan akan mewujudkan ruang. Ini merugikan kuantiti yang dihasilkan pada akhir proses silaj itu sendiri. Setelah napier yang dipotong telah penuh didala tong, barulah campuran bahan-bahan dicurahkan rata ke atas napier tersebut. Tong ditutup dan menggunakan klip bagi memberi udara yang kedap supaya silaj yang diperam tidak bertindak balas dengan udara dan boleh menyebabkan kulat terhasil. Apabila terjadi perkara ini, secara tidak langsung akan menyebabkan silaj itu tidak dapat diberi makan kepada ternakan. Ia boleh mendatangkan pelbagai risiko kepada ternakan. Peraman hendaklah dibuat selama dua minggu. Setelah dua minggu,silaj yang terhasil boleh diberi makan terus kepada ternakan. Silaj boleh disimpan dalam tempoh yang sangat lama.