Resepi perap Kambing " Amarikan Farm"
1) Bahan-bahan
a) lada hitam
b) bawang putih
c) minyak masak
d) madu
e) sos tiram pekat
f) garam
g) gula
2) Kaedah
Goreng bawang putih yang diketuk tanpa buangkan kulit bersama lada hitam. Kuantiti minyak hanya secukup bagi mengoreng bawang & lada hitam.
Selepas goreng, buangkan kulit bawang putih. Tumbuk bawang putih & lada hitam sehingga lumat.
Gaulkan bawang putih & lada hitam yang ditumbuk lumat tersebut bersama minyak, madu, garam, gula & semestinya daging kambing segar. Gaulkan sehingga sebati. Garam & gula secukup rasa. Jika nak pedas,masukkan lagi sos atau cili.
Perap selama beberapa jam & boleh terus dibakar.
Selamat mencuba.
firdaus.tuah87@yahoo.com
https://www.facebook.com/amarikanfarm
📲 Insta: @amarikan.farm
📧 e-mail: tatawwur_global@yahoo.com.my
Thursday, 17 December 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)